Selamat Datang....... Terima Kasih kerana melawati laman web kami. Disini ingin saya memperkenalkan sistem / perisian perakaunan dengan lebih mudah. Anda tidak perlu mengetahui lebih mendalam tentang ilmu perakaunan, ianya amat mudah dan sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat yang bertaraf Enterprise dan Sendirian Bhd.
Tahukah Anda?
Pengurusan akaun merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah perniagaan.
Jika anda tidak menguruskan akaun dengan baik anda mungkin akan mengalami kerugian berganda-ganda dan lebih menyedihkan lagi anda mungkin akan diisytihar muflis.
Ramai peniaga terutamanya usahawan bumiputera mengambil ringan tentang pengurusan akaun/kewangan syarikat sedangkan tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan.
Untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank bukan kertas kerja yang panjang berjela diambilkira tetapi laporan kewangan yang baik & sistematik akan memudahkan pinjaman anda diluluskan.
persoalannya....
Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Menghiraukan Kepentingan Pengurusan Akaun Syarikat?
Daripada kajian ringkas yang dilakukan, beberapa faktor telah dikenalpasti :
Sistem perakaunan yang berada di pasaran agak rumit dan sukar digunakan terutamanya bagi mereka yang tiada asas perakaunan.
Harga sebuah sistem biasanya melebihi ribuan ringgit menyukarkan usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan memilikinya.
Tiada ilmu asas perakaunan untuk menyediakan akaun sendiri.
Tidak mempunyai pekerja yang cekap dan berkebolehan. Kebanyakkan pemilik syarikat tidak mampu menggaji kerani akaun yang berkebolehan tetapi sebaliknya hanya mengambil kerani am yang tidak mempunyai pengetahuan tentang perakaunan.
Tiada bimbingan yang berterusan untuk menguruskan akaun dengan betul. Tidak kisah apa faktor dan sebabnya anda perlu memiliki sebuah sistem untuk menguruskan akaun syarikat/perniagaan anda.
Mengapa Perlu Menguruskan Akaun Syarikat Dengan Sistematik?
Persoalan ini amat menarik untuk di kupas. Saya yakin selepas dinyatakan beberapa kelebihan dan manfaat menguruskan akaun syarikat dengan teratur anda pasti tidak sabar untuk memiliki produk ini.
Anda boleh mengetahui kedudukan kewangan syarikat pada setiap masa.
Anda boleh mengelakkan kerugian yang lebih besar dengan mengambil keputusan segera sekiranya Penyata Untung Rugi hanya menunjukkan kerugian pada setiap bulan.
Anda boleh merancang strategi yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keuntungan syarikat.
Anda juga boleh mengetahui jumlah hutang pelanggan dan hutang pembekal bagi membolehkan anda membuat peruntukan kewangan bagi setiap hutang yang perlu dikutip atau dijelaskan.
Memudahkan urusan dengan pihak Bank. Perkara pertama yang akan ditanya oleh pihak bank jika anda ingin membuat pinjaman adalah mengenai akaun syarikat. Selain itu, jika anda ingin mencari pelabur lain, mereka juga akan melihat faktor pengurusan kewangan ini dahulu. Permohonan geran kerajaan juga memerlukan anda menyerahkan laporan kewangan syarikat. Jika anda mempunyai laporan kewangan yang baik, syarikat anda akan diberi pertimbangan dahulu. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kita membayar zakat dimana zakat perniagaan dikira dari hasil keuntungan bersih syarikat.Tanpa pengurusan akaun yang betul anda mungkin tidak akan dapat mengetahui jumlah sebenar keuntungan/kerugian anda. Selain zakat anda juga perlu membayar cukai. Jika anda mempunyai sistem perakaunan sendiri anda boleh mengira peruntukan cukai yang perlu di bayar setiap tahun. Mengelakkan syarikat anda ditutup oleh SSM kerana gagal menyediakan laporan kewangan setiap tahun dan banyak lagi kelebihan memiliki sistem perakaunan sendiri...
Dengan fakta di atas, bermaksud pengurusan akaun syarikat yang sistematik amatlah penting. Tidak kira walaupun anda hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan, pengurusan akaun yang sempurna mampu menjadikan perniagaan anda berkembang dengan lebih maju. Pelbagai strategi dapat dirancang dengan adanya pengurusan kewangan yang baik ini.